Sabtu, 18 Julai 2009

Renungan...Hati & Lidah...


Surah Luqman yang terdapat dalam al-Quran berdasarkan nama Luqman, seorang bijaksana yang banyak memberikan panduan berguna pada manusia. Suatu hari majikan Luqman menyuruhnya menyembelih seekor kambing.Selepas kambing disembelih, Luqman disuruh mengeluarkan dua ketul daging yang paling baik daripada kambing itu. Luqman lalu mengeluarkan lidah & hati.
Suatu ketika lain, majikannya mengarahkan Luqman menyembelih kambing lagi. Dia mengarahkan Luqman mengeluarkan dua ketul daging yang paling buruk sekali. Sekali lagi Luqman mengeluarkan lidah dan hati. Majikannya bertanya,mengapa Luqman berbuat bergitu, jawab, " tiada yang paling baik daripada hati dan lidah jika iabaik, Dan tiada yang paling buruk daripada kedua-duanya jika ia jahat.
( hati biar bersih, lidah jagalah dengan baik )....