Selasa, 21 Julai 2009

Pantun Melayu Warisan Bangsa..

Buah jering di atas para,
Diambil budak sambil berlari;
Kering laut tanah Melaka,
Baru saya mungkir janji.

Bangsal di hulu kerapatan,
Sayang durian gugur bunganya;
Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian apa gunanya.

Lipat kain bersimpul pulih,
Mari ditaruh haluan perahu;
Tempat main boleh dipilih,
Tempat jatuh siapa yang tahu.

Berapa tinggi pucuk pinang,
Tinggi lagi asap api;
Berapa tinggi Gunung Ledang,
Tinggi lagi harap dihati.

Pulau Sembilan tinggal delapan,
Satu merajuk ke Kuala Kedah,
Sudahlah nasib permintaan badan,
Kita di bawah kehendak Allah.

Pokok lada tumbuh sebatang,
Pokok cempedak sudahpun rebah;
Selagi ada bulan dan bintang,
Kasihku tidak akan berubah.

Burung merak lebat bulunya,
Dipikat pula oleh Cik Baba;
Emas dan perak harta dunia,
Ingatlah Tuhan ingatlah keluarga.

Isnin, 20 Julai 2009

Kesahku 01...

Tajuk kat atas tue ema belasah je.. bak kata orang blog sendiri kan...hehehe...Aper pun nak mulakan cite.. Bulan lepas ema bawak ayah pie klinik sbb dia demam.. Doktor cheklah, dia kata muka pakcik pucatlah.. Doktor kata pakcik amik darah kita antar makmal, ayah pun kata oklah saya setuju... Pastu doktor bagitahu keputusan pakcik paling lewat 3 hari baru dapat.
Lepas 3 hari keputusan dah dapat ema amik dan letak kat atas meje ofic, sebelum nak tunjuk pada doktor untuk mengetahui aper masalah blood test tersebut... pie tgk doktor tak ader , oklah biarkan dulu..otak nie dah banyak sangat nak fikir sampai lupa nak tunjuk keputusan tersebut sehinggalah ayah telefon ema dia kata dia nak mc setengah hari sebab badan tak sedap rasa.. Ema kata ayah datang jumpa doktorlah takut demam luar biasa, al maklumlah sekarang virus macam-macam...Oklah ayah datang jumpa doktor.. Dengan kuasa Allah SWT dia ingatkan ema pasal keputusan blood test yang dah sekian lama tersimpan di kotak khas meja ema..
Ayah pun cheklah, doktor cakap perkara yang sama..muka pakcik pucatlah..Ema pun tunjuklah keputusan darah tue.. Doktor terkejut tgk darah tak cukup 5.5 pel, banyak nie pakcik kalau nak makan ubat mungkin amik masa yang lama, pakcik pie hospital eee... Ayah boleh tak nak tue pie hospital dia kata lecah nak makan ubat komon..Selang 2 hari, ayah dah siap nak pie sembahyang jumaat lepas keluar dari bilik air amik air sembahyang dia dah pitam, baik tak jatuh.. Emak pun call ema bagitahu, ema pun cepatlah menyuruh big boss ku membuat surut masuk hospital... Kat hospital ema pie lah kat wad kecemasan ..yang kelakarnye masa nak daftar orang tue ingat ema yang sakit dia tgk keputusan ayah yang kurang darah, ader ke dia ingat ema yang kurang darah..peliknye sbb ema nie dah terlebih darah..hehehe..Ayah pun ditolak masuk wad kecemasan untuk pemeriksaan lanjut..Sehingga malam ema dan emak kat luar wad kecemasan sebab wad tak atas penuh...aper pun dah masuk 4 hari ayah kat sana, Alhamdullillah keadaan ayah dah oklah.. dari tapak tangan ayah yang berwarna kuning sekarang dah berwarna merah... Ayah masih di wad lagi harap2 cepatlah ayah keluar...
( Nielah kesah ayah ku masuk wad, nantikan kesah bapak mertua ku masuk wad bulan lepas... TUNGGU )......

Ahad, 19 Julai 2009

Menjadi Pasangan Bahagia Sepanjang Hayat..

  1. Saling memaafkan antara satu sama lain.
  2. Bertolak ansur menwujudkan persefahaman.
  3. Bersifat terbuka dan berterus terang.
  4. Sensitif terhadap pasangan.
  5. Menghargai pasangan anda.
  6. Beri perhatian.
  7. Zuriat penambat cinta.
  8. Detik Romantis melakar Cinta.
  9. Ucapkanlah kata Cinta.
  10. Urutan kasih sayang.
  11. Ingat tarikh penting.

Tentang Cemburu..

Perasaan cemburu yang wujud dalam diri adalah sesuatu yang normal tapi jika keterlaluan ia tidak lagi dianggap bergitu lebih buruk lagi jika anda termasuk dalam ketegeri CEMBURU BUTA. Sebenarnya aspek kepercayaan sangat penting dalam sebuah kehidupan dan ia menjadi punca kepada semua masalah berkaitan cemburu ini.

Langkah atasi rasa Cemburu.

* Kenal pasti alasan apa yang membuatkan anda berasa terlalu cemburu pada pasangan.Adakah ia kerana peristiwa semasa kecil atau ada peristiwa hitam yang berlaku...?
* Fikir sedalam-dalamnya apa yang anda lakukan pada pasangan, selalulah berpandangan jauh.
* Kenal pasti kelebihan diri sendiri, sekali gus akan membuatkan anda yakin kepada diri sendiri.
* Ubahlah sikap,setiap kali anda rasa cemburu,tulislah dan berilah markah berapa tahap cemburu anda itu.Kemudian tanyalah pada diri sendiri,mengapakah kita bersikap sedemikian dan berikan markah sekali lagi.Percayalah rasa cemburu akan hanya merosakkan sebuah perhubungan kerana ia berasakan kepada sebuah perkataan,KEPERCAYAAN.

Sabtu, 18 Julai 2009

Renungan...Hati & Lidah...


Surah Luqman yang terdapat dalam al-Quran berdasarkan nama Luqman, seorang bijaksana yang banyak memberikan panduan berguna pada manusia. Suatu hari majikan Luqman menyuruhnya menyembelih seekor kambing.Selepas kambing disembelih, Luqman disuruh mengeluarkan dua ketul daging yang paling baik daripada kambing itu. Luqman lalu mengeluarkan lidah & hati.
Suatu ketika lain, majikannya mengarahkan Luqman menyembelih kambing lagi. Dia mengarahkan Luqman mengeluarkan dua ketul daging yang paling buruk sekali. Sekali lagi Luqman mengeluarkan lidah dan hati. Majikannya bertanya,mengapa Luqman berbuat bergitu, jawab, " tiada yang paling baik daripada hati dan lidah jika iabaik, Dan tiada yang paling buruk daripada kedua-duanya jika ia jahat.
( hati biar bersih, lidah jagalah dengan baik )....