Khamis, 30 Julai 2009
cuTi - cuTi..Legend Pd ..2009
Dicatat oleh iem@rol di 7/30/2009 03:21:00 PTG 0 ulasan
Kenangan Hari Jadi ku..
Dicatat oleh iem@rol di 7/30/2009 12:31:00 PTG 0 ulasan
Selasa, 28 Julai 2009
Banjir O banjir...
Emmm..nak kata aper dah di takdirkan oleh Allah SWT ..nak menguji hambanye.. mungkin nie takdir dan dugaan aku olehnye...aku rehda dan bersyukur dengan ujian yang diberikan kepada ku.. bak kata perpatah.. " Berakit- rakit kehulu, Berenang- renang ketepian, Bersakit- sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian. " Ya Allah aku terima dengan hati yang terbuka ujian yang Engkau berikan....AMIN...
Dicatat oleh iem@rol di 7/28/2009 11:43:00 PG 0 ulasan
Jumaat, 24 Julai 2009
Pokok buah yg dinantikan...03...
Dicatat oleh iem@rol di 7/24/2009 09:43:00 PG 0 ulasan
Khamis, 23 Julai 2009
pusing2 mlk...02..
Emmmm...sedihnye tak dapat pie jj... :( ... ari nie awal lah pulak my hubby datang amik kat tempat keje ... kul 4.35 pm dah sampai tue...ingat nak datang jumpa doktor ke sbb my hubby baru pas kene campak... rupanye dia kata dah tak tahu nak jalan mane...sabar je lah...hehehhe...
Masuk je kete aku pun cakaplah ngan my hubby , jom pie jj kita jalan2...dia boleh kata malaslah ma, parking mesti penuhnye..karang nak jalan jauh...sabar je lah..ilang mood jap..my hubby kata dari pie sana ,baik pie makan..wah bagus 2.. abg belanjar ee, ma tak masuk wit lagi..heheheh...
Nak tgu kan kedai yang aku makan ngan family aku masa menyambut b'day irfan.. tue yg my hubby ajak pusing2 satu melaka.... dari bandar melaka ke semabok ,pusing ke duyung ,masuk ke kampung tambak paya, lalu ke tiang 2 kampung jawa ,ikut ke jalan baru yang boleh keluar ke sempang mane eee...tak ingat jalan lah...banyak sangat tempat yang aku tak penah jalan pun dah sampai dah...hehehehe....
Tahu2 keluar je sampailah ke tempat yang di tuju tue....tapi kene tgu jap lah sebab kedai tue baru nak buka...heheheh...sabar je lah...aper pun my son lah orang yang paling suka... banyak nye dia makan sampai nak suruh dia jalan pun dah malas....dalam kete dah dok diam... irfan cakap ngan ayah dia... nanti ayah belanjar lagi eee...perut irfan dah buncit.... gelak jap ayah dia...aper pun aku tak sempat nak amik gambarlah sebab hp aku beteri kong...my hubby punya hp lupa nak amik kat dalam kete....nie saje je dok mengomel sambil dok tgu baju jubah dok basuh dalam mesen....entah boleh kering ke tidak nie... dah terlelap jap tadi... my hubby nak pie keje baru dia panggil..tue yang terus basuh baju...hehheehh....
Nak suruh layan gambar tak dapat amik, so layan cite je lah eeeeee...... Layannnnnnnnnn....
Dicatat oleh iem@rol di 7/23/2009 11:51:00 PTG 0 ulasan
Selasa, 21 Julai 2009
Pantun Melayu Warisan Bangsa..
Buah jering di atas para,
Diambil budak sambil berlari;
Kering laut tanah Melaka,
Baru saya mungkir janji.
Bangsal di hulu kerapatan,
Sayang durian gugur bunganya;
Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian apa gunanya.
Lipat kain bersimpul pulih,
Mari ditaruh haluan perahu;
Tempat main boleh dipilih,
Tempat jatuh siapa yang tahu.
Berapa tinggi pucuk pinang,
Tinggi lagi asap api;
Berapa tinggi Gunung Ledang,
Tinggi lagi harap dihati.
Pulau Sembilan tinggal delapan,
Satu merajuk ke Kuala Kedah,
Sudahlah nasib permintaan badan,
Kita di bawah kehendak Allah.
Pokok lada tumbuh sebatang,
Pokok cempedak sudahpun rebah;
Selagi ada bulan dan bintang,
Kasihku tidak akan berubah.
Burung merak lebat bulunya,
Dipikat pula oleh Cik Baba;
Emas dan perak harta dunia,
Ingatlah Tuhan ingatlah keluarga.
Dicatat oleh iem@rol di 7/21/2009 08:55:00 PTG 0 ulasan
Isnin, 20 Julai 2009
Kesahku 01...
Tajuk kat atas tue ema belasah je.. bak kata orang blog sendiri kan...hehehe...Aper pun nak mulakan cite.. Bulan lepas ema bawak ayah pie klinik sbb dia demam.. Doktor cheklah, dia kata muka pakcik pucatlah.. Doktor kata pakcik amik darah kita antar makmal, ayah pun kata oklah saya setuju... Pastu doktor bagitahu keputusan pakcik paling lewat 3 hari baru dapat.
Lepas 3 hari keputusan dah dapat ema amik dan letak kat atas meje ofic, sebelum nak tunjuk pada doktor untuk mengetahui aper masalah blood test tersebut... pie tgk doktor tak ader , oklah biarkan dulu..otak nie dah banyak sangat nak fikir sampai lupa nak tunjuk keputusan tersebut sehinggalah ayah telefon ema dia kata dia nak mc setengah hari sebab badan tak sedap rasa.. Ema kata ayah datang jumpa doktorlah takut demam luar biasa, al maklumlah sekarang virus macam-macam...Oklah ayah datang jumpa doktor.. Dengan kuasa Allah SWT dia ingatkan ema pasal keputusan blood test yang dah sekian lama tersimpan di kotak khas meja ema..
Ayah pun cheklah, doktor cakap perkara yang sama..muka pakcik pucatlah..Ema pun tunjuklah keputusan darah tue.. Doktor terkejut tgk darah tak cukup 5.5 pel, banyak nie pakcik kalau nak makan ubat mungkin amik masa yang lama, pakcik pie hospital eee... Ayah boleh tak nak tue pie hospital dia kata lecah nak makan ubat komon..Selang 2 hari, ayah dah siap nak pie sembahyang jumaat lepas keluar dari bilik air amik air sembahyang dia dah pitam, baik tak jatuh.. Emak pun call ema bagitahu, ema pun cepatlah menyuruh big boss ku membuat surut masuk hospital... Kat hospital ema pie lah kat wad kecemasan ..yang kelakarnye masa nak daftar orang tue ingat ema yang sakit dia tgk keputusan ayah yang kurang darah, ader ke dia ingat ema yang kurang darah..peliknye sbb ema nie dah terlebih darah..hehehe..Ayah pun ditolak masuk wad kecemasan untuk pemeriksaan lanjut..Sehingga malam ema dan emak kat luar wad kecemasan sebab wad tak atas penuh...aper pun dah masuk 4 hari ayah kat sana, Alhamdullillah keadaan ayah dah oklah.. dari tapak tangan ayah yang berwarna kuning sekarang dah berwarna merah... Ayah masih di wad lagi harap2 cepatlah ayah keluar...
( Nielah kesah ayah ku masuk wad, nantikan kesah bapak mertua ku masuk wad bulan lepas... TUNGGU )......
Dicatat oleh iem@rol di 7/20/2009 09:52:00 PG 0 ulasan
Ahad, 19 Julai 2009
Menjadi Pasangan Bahagia Sepanjang Hayat..
- Saling memaafkan antara satu sama lain.
- Bertolak ansur menwujudkan persefahaman.
- Bersifat terbuka dan berterus terang.
- Sensitif terhadap pasangan.
- Menghargai pasangan anda.
- Beri perhatian.
- Zuriat penambat cinta.
- Detik Romantis melakar Cinta.
- Ucapkanlah kata Cinta.
- Urutan kasih sayang.
- Ingat tarikh penting.
Dicatat oleh iem@rol di 7/19/2009 10:27:00 PTG 0 ulasan
Tentang Cemburu..
Perasaan cemburu yang wujud dalam diri adalah sesuatu yang normal tapi jika keterlaluan ia tidak lagi dianggap bergitu lebih buruk lagi jika anda termasuk dalam ketegeri CEMBURU BUTA. Sebenarnya aspek kepercayaan sangat penting dalam sebuah kehidupan dan ia menjadi punca kepada semua masalah berkaitan cemburu ini.
Langkah atasi rasa Cemburu.
* Kenal pasti alasan apa yang membuatkan anda berasa terlalu cemburu pada pasangan.Adakah ia kerana peristiwa semasa kecil atau ada peristiwa hitam yang berlaku...?
* Fikir sedalam-dalamnya apa yang anda lakukan pada pasangan, selalulah berpandangan jauh.
* Kenal pasti kelebihan diri sendiri, sekali gus akan membuatkan anda yakin kepada diri sendiri.
* Ubahlah sikap,setiap kali anda rasa cemburu,tulislah dan berilah markah berapa tahap cemburu anda itu.Kemudian tanyalah pada diri sendiri,mengapakah kita bersikap sedemikian dan berikan markah sekali lagi.Percayalah rasa cemburu akan hanya merosakkan sebuah perhubungan kerana ia berasakan kepada sebuah perkataan,KEPERCAYAAN.
Dicatat oleh iem@rol di 7/19/2009 10:23:00 PTG 0 ulasan
Sabtu, 18 Julai 2009
Renungan...Hati & Lidah...
Surah Luqman yang terdapat dalam al-Quran berdasarkan nama Luqman, seorang bijaksana yang banyak memberikan panduan berguna pada manusia. Suatu hari majikan Luqman menyuruhnya menyembelih seekor kambing.Selepas kambing disembelih, Luqman disuruh mengeluarkan dua ketul daging yang paling baik daripada kambing itu. Luqman lalu mengeluarkan lidah & hati.
Suatu ketika lain, majikannya mengarahkan Luqman menyembelih kambing lagi. Dia mengarahkan Luqman mengeluarkan dua ketul daging yang paling buruk sekali. Sekali lagi Luqman mengeluarkan lidah dan hati. Majikannya bertanya,mengapa Luqman berbuat bergitu, jawab, " tiada yang paling baik daripada hati dan lidah jika iabaik, Dan tiada yang paling buruk daripada kedua-duanya jika ia jahat.
( hati biar bersih, lidah jagalah dengan baik )....
Dicatat oleh iem@rol di 7/18/2009 10:38:00 PG 0 ulasan
Jumaat, 17 Julai 2009
Rabu, 15 Julai 2009
Ayah & Emak tersayang....
Dicatat oleh iem@rol di 7/15/2009 01:50:00 PTG 0 ulasan
Adik-adikku....
( Adik yg ke - 4 .. Mak Lang )
Rozaliza Binti Sethw Mahmud
( Adik yg ke - 2 ..Mak Ngah )
Noor Ashikin Binti Sethw Mahmud & Sethw Ammar
( Adik yg ke 3 & yg ke 5 .. Mak Cik & Pak Ude )
Faridah Binti Sethw Mahmud
( Adikku yg bongsu.. Mak Su )
Dicatat oleh iem@rol di 7/15/2009 01:21:00 PTG 0 ulasan
Permulaan Yang Baru Bermula..
Dedikasi untuk suami tercinta KHAIRUL MOHAMED, 5 tahun yang penuh dengan suka-duka,tabah diharungi bersama. Hidup bersamamu mengajarku erti Kesyukuran , Kegembiraan, Kesedihan , Kesadaran dan Kemarahan.
Terima kasih kerana masih teguh disisiku, anak tersayang IRFAN DANIEL segalanya buatku.
Buat keluarga dan keluarga mentua, terima kasih atas sokongan terutama untuk adikku yang tidak jemu-jemu menghulurkan bantuan.Juga untuk teman-teman yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan.
Dicatat oleh iem@rol di 7/15/2009 12:52:00 PTG 0 ulasan